SlaMat Ari RayA
ArTikEL ExtErnAL AudItoRS
INdaH nyA raMadhaN..

keindahan ramadhan, sukar untuk aku bayangkan. Setiap hari mengajar aku untuk bersabar dan untuk mengajar aku berdepan denga cabaran-cabaran dalam keadaan yang bukan pada kebiasaannya ( kurang air dan makan) .. Namun tidak semua manfaat ramadhan aku gapai, kadang kala sambil lewa sahaja melepaskan ganjaran-ganjaran yang telah di sediakan..
Inilah manusia.. Anda bagaimana..?
aDaKAh KitA sAMa..?
- Daripada cerita diatas apakah kesimpulan dan apakah cadangan anda yang membaca blog ini..?
ResPonsiBiLitY of mAnaGemEnt & aUdiTorS
kEmaNa Ka aKu sElePas iNi...?

semenjak 2 menjak ni aku sering kali di ganggu oleh perasaan yang sangat merunsingkan.
Selepas diploma ini kemanalah aku ingin meneruskan lagi .... Ada pensyarah yang telah mencadangkan kepada saya agar meneruskan pelajaran d luar negara. Dalam hati semangat utk meneruskan pelajaran ke luar negara, tapi faktor kewangan keluarga, amat merunsingkan... Klu "anda" di tempat saya mcm mana la ya.. Dilema-dilema
SediKit Info Tentang aUdit
mY deSign w0rK
mY deSign w0rK
sila bagi komen sebelum saya present kepada ayah saya..
RamAdaN aL - mUbaRak
beberapa keistimewaan yang ALLAH telah berikan kepada hamba2 muslim nya yang giat untuk
mencari dan memburu pahala yang berlipat2 kali ganda...
Oleh itu marilah sama2 memburu amalan2 yang telah di janji kan ALLAH semoga dengan peningkatan amalan kita pertambahan pahala berganda dapat menyelamatkan kita daripada siksaan api neraka...
iNfo Audit
1. Apakah syarat-syarat untuk menjadi juruaudit ?
2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi penyelesai syarikat ?
3. Berapa lamakah tempoh menunggu untuk seseorang calon itu sebelum dipanggil untuk temuduga ?
4. Siapakah panel temuduga dan apakah aspek-aspek yang diuji dalam sesi temuduga itu ?
5. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya calon telah lulus temuduga ?
6. Bilakah perlu menghantar borang C untuk memperbaharui lesen juruaudit/penyelesai ?
7. Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya lesen juruaudit dan penyelesai syarikat telah tamat tempoh ?
8. Adakah lesen cukai juga diberi secara automatik apabila memperbaharui lesen juruaudit ?
9. Berapakah jumlah bayaran untuk memperbaharui lesen sebagai juruaudit/penyelesai syarikat? Bagaimanakah cara pembayarannya ? Bolehkah pembayaran dibuat secara tunai atau menggunakan cek persendirian ?
1. Apakah syarat-syarat untuk menjadi juruaudit ?
Syarat-syarat untuk menjadi juruaudit;
* seseorang itu mesti mempunyai kelulusan yang diiktiraf dalam Jadual 1 Akta Akauntan 1967
* menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) bertaraf Akauntan Bertauliah
* mempunyai sijil amalan dari MIA
* mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam kerja-kerja pengauditan dalam firma akauntan awam iaitu selama 3 tahun selepas menjadi ahli MIA . Bagi calon yang telah lama meninggalkan kerjaya pengauditan disyaratkan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman audit secara berterusan dalam tempoh 4 tahun sebelum permohonan sebagai juruaudit dan;
* calon diwajibkan menghadiri “Public Practice Program” anjuran MIA
2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi penyelesai syarikat ?
Syarat-syarat untuk menjadi juruaudit;
* Telah mendapat kelulusan sebagai juruaudit di bawah Akta Syarikat sekurang-kurangnya 1 tahun dan
* Mempunyai pengalaman dalam bidang penyelesaian syarikat.
3. Berapa lamakah tempoh menunggu untuk seseorang calon itu sebelum dipanggil untuk temuduga ?
1 bulan – 3 bulan.
4. Siapakah panel temuduga dan apakah aspek-aspek yang diuji dalam sesi temuduga itu ?
Panel temuduga terdiri dari :
* Timbalan Akauntan Negara ( Korporat ) – Pengerusi
* Wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
* Wakil Institut Akauntan Malaysia (MIA)
* Wakil Suruhanjaya Sekuriti (SC)
* Wakil Bank Negara Malaysia (BNM)
Aspek-aspek yang diuji :
* SSM - Akta Syarikat 1965
* MIA - MIA By Laws, percukaian, pengauditan, FRS & ISQC
* SC - Aspek industri sekuriti dan pasaran modal
* BNM - Aspek perbankan dan kewangan
5. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya calon telah lulus temuduga ?
Calon perlu menghantar kepada JANM perkara-perkara berikut:
* Salinan surat peruntukan nombor firma yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
* Salinan Borang 5 Akta Syarikat 1965 yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
* Bayaran kelulusan sebanyak RM100.00 dalam bentuk cek/kiriman wang berpalang atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA; dan
* Salinan kad pengenalan yang disahkan.
6. Bilakah perlu menghantar borang C untuk memperbaharui lesen juruaudit/penyelesai ?
3 bulan sebelum tamat kelulusan terdahulu.
7. Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya lesen juruaudit dan penyelesai syarikat telah tamat tempoh ?
* Juruaudit dan penyelesai syarikat perlu memperbaharui lesen dalam tempoh satu tahun daripada tarikh akhir lesen. Sepanjang tempoh tersebut, mereka tidak boleh bertindak sebagai juruaudit dan tidak dibenarkan menandatangani sebarang laporan audit.
* Sekiranya juruaudit dan penyelesai syarikat gagal untuk memperbaharui lesen tersebut dalam tempoh satu tahun, mereka perlu menduduki semula temuduga tersebut dengan menghantar permohonan baru (Borang A) semula.
8. Adakah lesen cukai juga diberi secara automatik apabila memperbaharui lesen juruaudit ?
Tidak. Mulai 1 Januari 2006, pembaharuan lesen cukai dan lesen juruaudit adalah berasingan. Semua permohonan berkaitan juruaudit dan penyelesai syarikat hendaklah dibuat kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, manakala permohonan berkaitan ejen cukai dibuat kepada Bahagian Analisa Cukai, Kementerian Kewangan.
9. Berapakah jumlah bayaran untuk memperbaharui lesen sebagai juruaudit/penyelesai syarikat? Bagaimanakah cara pembayarannya ? Bolehkah pembayaran dibuat secara tunai atau menggunakan cek persendirian ?
Pembayaran untuk pembaharuan lesen juruaudit ialah RM100 manakala penyelesai syarikat sebanyak RM50. Pembayaran hendaklah dibuat kepada “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA” menggunakan cek syarikat, wang pos, kiriman wang atau bank draf. Pembayaran secara TUNAI atau CEK PERSENDIRIAN tidak diterima
sumber: Jabatan Perakaunan Negara
IndAh nYa bUmi iNi....
HaRi yAng IndAh pEnuH bErMakna
AcCoUtinG iS mY corE sUbjEct....
sejak dari kecil lagi cita2 saya adalah ingin mnjadi seorang doktor...saya bercita2 utk jadi doktor namun entah mngapa sekarang ini tika sedang meduduki diploma, diploma yng saya duduki adalah DIPLOMA PNGURUSAN TEKNOLOGI PERSAKAUNAN (UTM). Tetapi bersyukur saya sebab subjek ini sememang nya subjek yang menarik dan mencabar. Target utama saya adalah utk mnjadi pngurus pada usia 26 tahun...
Kepada sesiapa yng ingin mnceburi bidang ini silakan la ianya bukan la serumit yng anda fikirkan, perancangan, ketelitian, kemahiran utk meramal semua ini adalah asas kepada kejayaan sebagai seorang yng bergelar juru akaun yng profesional..
Aku bUkaN La SupeRmaN....
meletakkan diri pada tahap yng setara dengan insan biasa
pasti akan mengelakkan daripada sikap takabur da riyak..kn2 kawan2
AnTaRa Hati dAn NafsU....
sememang nya akan berlawan dengan nafsu,
tetapi hati yang bertakhta kufur
pasti bergerak selari dengan nafsu